Rumah berhantu ditinggalkan selama 18 tahun

 Aku nak ceritakan pengalaman seram ketika aku berada dalam sebuah rumah yang ditinggalkan 18tahun tapi aku tak pasti rumah tu kena tinggal berapa tahun aku cuma anggarkan jaa ..okey ,kisah rumah nie aku tak berapa nak tahu sangat kenapa ditinggalkan ,rumah ditinggalkan memang dekat ja dengan rumah aku ja jadi aku selalu pergi memancing dekat kolam rumah tu la ,okey nak dijadikan aku pergi la masuk kawasan rumah tu ,tapi kawasan rumah memang bnyak semak samun dengan adanya pokok macam aku masuk dalam hutan serius aku cakap tak bohong  memang agak mencabar jugak nak masuk pun ....

Okey ,masa masuk pon dah seram sebab kawasan tu mcm hutan jady aku takut ada binatang berbisa sampai ja dekat rumah tu memang semak samun dengan akar pokok menjalar luar rumah tu ..jadi aku masuk dalam rumah ditinggalkan tu memang aku terkejut la dalam tu bersih ja macam ada orang duduk ja jujur aku cakap keadaan rumah tu berbeza bila kat luar aku boleh nampak dengan semak adany akar pokok sebaliknya dalam rumah tu bersih ja seolah macam kedatangan aku disambut ,memang perbezaan luar rumah dan dalam rumah sangat menghairankan aku ..selepas selesai masuk rumah tu aku pon pergilah sambung memancing hehehehe...

Perbezaan rumah tu disiang hari memang rasa macam tiada apa pon tapi bila malam rumah tu kalau aku suluh dengan lampu dari rumah aku ke rumah tu ,aku boleh cakap laa memang seram kadang² aku rasa ada makhluk lain yang mengintai aku dari tingkap rumah yang ditinggalkan tu jaa meremang jugak lah bulu ,tu pengalaman seram aku ceritakan kepada korang ,nanti aku kan sambung lagi pengalaman seram aku yang lain. ... Assalamualaikum..


Ulasan

Catatan Popular